Tuesday, September 15, 2009

Sabah Negeri Dibawah Bayu - Seminar Seni Kebangsaan

Satu perkara yang penulis tidak akan dapat lupa adalah pengalaman peribadi membentang kertas kerja di Sabah. Sabah yang merupakan negeri dibawah bayu, sentiasa menjadi idam-idaman penulis untuk ke sana. Kali ini ia menjadi kenyataan walaupun kunjungan kali ini boleh dikatakan tidak lah secara menyeluruh dan kenyataanya kaki Gunung Kinabalu pun tidak kelihatan kerana penulis terlalu sibuk dengan persiapan untuk membentang kertas kerja... mungkin dilain kali apa bila penulis berpeluang untuk melancung secara persendirian disana.

Bergambar kenangan di KLIA

Perjalanan kami bermula dari pukul 4 pagi lagi dimana terdapat dua jadual penerbangan. Satu kumpulan menggunakan pernerbangn AirAsia harus berada di LCCT sebelum pukul 9 pagi berikutan jadual penerbangan pada pukul 10.30 pagi dan kami yang menggunakan pernerbangan MAS yang berlepas di KLIA harus ikut serta walaupun penerbangan kami agak lewat. Namun ia bukanlah satu bebanan kerana kami berpeluang lepak-lepak di KLIA selama yang mungkin. Penerbangan mengikut jadual, sepanjang perjalanan saya sempat berkenalan dan berborak-borak dengan rakan disebelah antara perkara yang berbangkit adalah isu H1N1, sedangkan pada ketika itu wabak tersebut telah melanda di universiti kami dan Alhamdullilah pihak uiversiti telah berjaya mengawalnya.

Ruang tamu dan ruang tidur yang luas seseuai untuk saya dan rakan


Setiba di KK, kami terus ke hotel yang telah kami tempah namum perkara yang amat memeranjatkan kami adalah apabila kami dimaklumkan bahawa tempahan tidak dibuat, perkara ini amat memuskilkan kami, namun kami bernasib baik kerana masih ada lagi bilik yang terluang dan kami telah ditempatkan ke bilik-bilik yang sama dengan tempahan kami. Hotel tempat kami menginap sungguh cantik dan menawan serta amat selesa cuma masaalahnya ia tidak disertakan dengan sarapan pagi seperti mana yang kami minta semuanya berpunca dari masaalah tempahan (perkara ini terpaksa kami selesaikan setelah pulang ke semenanjung, rupanya pihak yang menerima tempahan telah melakukan kesilapan).

Acara pembukaan seminar dijalankan dengan meriah, ramai pembentang dan peserta yang hadir dan persidangan ini merupakan satu persidangan yang menjadi tempat penemuan seolah-oleh reunion antara Sr. dan Jr. di FSSR dahulu. Yang jelas keadaan yang amat ketara adalah dari segi saiz dan juga pertukaran warna rambut he..he..


Disebelah malam kami telah dibawa ke sebuah resort yang indah disana jamuan makan malam telah diadakan. Berbagai-bagai persembahan kesenian yang di pertontonkan dari seni tradisi masyarakat Sabah hinggakan ke persembahan nyayian para pelajar dari UMS.

Gambar penulis selepas jamuan makan malam

Gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke UMS

Bergambar didepan slide show sebelum perbentangan bersama rakan penulis

Bersama ahli penal pembentangan seminar
Pembentangan berjalan dengan lancar, kami membentang kertas kerja kami pada hari kedua dan sememangnya ia merupakan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Ia telah menaikkan semangat saya dan teman (Kak Ros) untuk lebih berani membentangkan kertas kerja-kertas kerja yang lain, sama ada diperingkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Insaallah jika diizinkan pembentangan kami yang seterusnya adalah diperingkat yang lebih tinggi.

Pada majlis penutup pengumuman juga dibuat untuk seminar akan datang diadakan, penganjuran telah diserahkan kepada pihak UPSI bagi penganjuran Seminar Seni 2010, dan dimaklumkan juga untuk ianya dianjurkan sebagai seminar diperingkat antarabangsa kerana jika diambil kira untuk seminar kali ini, boleh dikatakan ianya sememangnya berada di peringkat tersebut kerana peserta dan pembentang bukan sahaja datang dai Malaysia namun ianya telah disertai oleh rakan-rakan dari negara-negara jiran.

Hai, cik siti kita dan cik wa kita berbelanja sakan nampak?

Hari terakhir sempat juga membeli belah di pasar Filipino, antara barang yang dibeli adalah keropok manis dan belinjar Sabah. Selain dari itu penulis juga telah mengambil kesempatan untuk membeli belah barangan perhiasan seperti mutiara dan kristal walau bagaimana pun penulis tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kerana mata telah dikaburi dengan barang-barangan perhiasan yang berkilau-kilauan apa yang nyata banyak juga duit yang terbang ketika proses membeli belah tersebut walaupun ianya hanya berlangsung selama 2 jam sahaja (kalau lebih dari itu sudah pasti ada orang yang berenang balik ke semenanjung he..he.. nasib baik tiket telah ditempah awal-awal)

Bergambar bersama Cik Wa kita di gerai keropok di pasar Filipino

Pemandangan dihadapan hotel melalui tingkap hotel bilik kami

Apa yang nyata keseronokkan berada di negeri dibawah bayu ini tidak dapat dilupakan, sebuah negeri yang indah dan menarik dihati. Ingin rasanya untuk kesana lagi dan insaallah jika diizinkan saya akan kesana bersama keluarga.