Sunday, February 21, 2010

Serawak

Perjalanan ke Serawak merupakan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan, apa tidaknya perjalanan yang sepatutnya hanya memakan masa 45min di awan biru akhirnya memakan masa sehingga 3 jam disebabkan keadaan cuaca yang buruk ketika itu. Satu pengalaman yang bercampur aduk... Namun begitu kenangannya sangat dihargai, saya berpeluang melihat sendiri keindahan negeri Serawak yang sememangnya mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Ketika berada di salah sebuah rumah panjang di Taman Budaya Serawak...gambar kenang-kenanganku.

Adegan memeluk tiang ini sengaja diada-adakan untuk membuktikan bahawa saya berpijak dibumi yang nyata hihihi....
Antara koleksi arca dari batu yang terdapat di pintu masuk ke taman budaya Serawak.

Tuesday, September 15, 2009

Sabah Negeri Dibawah Bayu - Seminar Seni Kebangsaan

Satu perkara yang penulis tidak akan dapat lupa adalah pengalaman peribadi membentang kertas kerja di Sabah. Sabah yang merupakan negeri dibawah bayu, sentiasa menjadi idam-idaman penulis untuk ke sana. Kali ini ia menjadi kenyataan walaupun kunjungan kali ini boleh dikatakan tidak lah secara menyeluruh dan kenyataanya kaki Gunung Kinabalu pun tidak kelihatan kerana penulis terlalu sibuk dengan persiapan untuk membentang kertas kerja... mungkin dilain kali apa bila penulis berpeluang untuk melancung secara persendirian disana.

Bergambar kenangan di KLIA

Perjalanan kami bermula dari pukul 4 pagi lagi dimana terdapat dua jadual penerbangan. Satu kumpulan menggunakan pernerbangn AirAsia harus berada di LCCT sebelum pukul 9 pagi berikutan jadual penerbangan pada pukul 10.30 pagi dan kami yang menggunakan pernerbangan MAS yang berlepas di KLIA harus ikut serta walaupun penerbangan kami agak lewat. Namun ia bukanlah satu bebanan kerana kami berpeluang lepak-lepak di KLIA selama yang mungkin. Penerbangan mengikut jadual, sepanjang perjalanan saya sempat berkenalan dan berborak-borak dengan rakan disebelah antara perkara yang berbangkit adalah isu H1N1, sedangkan pada ketika itu wabak tersebut telah melanda di universiti kami dan Alhamdullilah pihak uiversiti telah berjaya mengawalnya.

Ruang tamu dan ruang tidur yang luas seseuai untuk saya dan rakan


Setiba di KK, kami terus ke hotel yang telah kami tempah namum perkara yang amat memeranjatkan kami adalah apabila kami dimaklumkan bahawa tempahan tidak dibuat, perkara ini amat memuskilkan kami, namun kami bernasib baik kerana masih ada lagi bilik yang terluang dan kami telah ditempatkan ke bilik-bilik yang sama dengan tempahan kami. Hotel tempat kami menginap sungguh cantik dan menawan serta amat selesa cuma masaalahnya ia tidak disertakan dengan sarapan pagi seperti mana yang kami minta semuanya berpunca dari masaalah tempahan (perkara ini terpaksa kami selesaikan setelah pulang ke semenanjung, rupanya pihak yang menerima tempahan telah melakukan kesilapan).

Acara pembukaan seminar dijalankan dengan meriah, ramai pembentang dan peserta yang hadir dan persidangan ini merupakan satu persidangan yang menjadi tempat penemuan seolah-oleh reunion antara Sr. dan Jr. di FSSR dahulu. Yang jelas keadaan yang amat ketara adalah dari segi saiz dan juga pertukaran warna rambut he..he..


Disebelah malam kami telah dibawa ke sebuah resort yang indah disana jamuan makan malam telah diadakan. Berbagai-bagai persembahan kesenian yang di pertontonkan dari seni tradisi masyarakat Sabah hinggakan ke persembahan nyayian para pelajar dari UMS.

Gambar penulis selepas jamuan makan malam

Gambar yang diambil semasa dalam perjalanan ke UMS

Bergambar didepan slide show sebelum perbentangan bersama rakan penulis

Bersama ahli penal pembentangan seminar
Pembentangan berjalan dengan lancar, kami membentang kertas kerja kami pada hari kedua dan sememangnya ia merupakan pengalaman yang tidak dapat kami lupakan. Ia telah menaikkan semangat saya dan teman (Kak Ros) untuk lebih berani membentangkan kertas kerja-kertas kerja yang lain, sama ada diperingkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Insaallah jika diizinkan pembentangan kami yang seterusnya adalah diperingkat yang lebih tinggi.

Pada majlis penutup pengumuman juga dibuat untuk seminar akan datang diadakan, penganjuran telah diserahkan kepada pihak UPSI bagi penganjuran Seminar Seni 2010, dan dimaklumkan juga untuk ianya dianjurkan sebagai seminar diperingkat antarabangsa kerana jika diambil kira untuk seminar kali ini, boleh dikatakan ianya sememangnya berada di peringkat tersebut kerana peserta dan pembentang bukan sahaja datang dai Malaysia namun ianya telah disertai oleh rakan-rakan dari negara-negara jiran.

Hai, cik siti kita dan cik wa kita berbelanja sakan nampak?

Hari terakhir sempat juga membeli belah di pasar Filipino, antara barang yang dibeli adalah keropok manis dan belinjar Sabah. Selain dari itu penulis juga telah mengambil kesempatan untuk membeli belah barangan perhiasan seperti mutiara dan kristal walau bagaimana pun penulis tidak berkesempatan untuk mengambil gambar kerana mata telah dikaburi dengan barang-barangan perhiasan yang berkilau-kilauan apa yang nyata banyak juga duit yang terbang ketika proses membeli belah tersebut walaupun ianya hanya berlangsung selama 2 jam sahaja (kalau lebih dari itu sudah pasti ada orang yang berenang balik ke semenanjung he..he.. nasib baik tiket telah ditempah awal-awal)

Bergambar bersama Cik Wa kita di gerai keropok di pasar Filipino

Pemandangan dihadapan hotel melalui tingkap hotel bilik kami

Apa yang nyata keseronokkan berada di negeri dibawah bayu ini tidak dapat dilupakan, sebuah negeri yang indah dan menarik dihati. Ingin rasanya untuk kesana lagi dan insaallah jika diizinkan saya akan kesana bersama keluarga.

Monday, February 23, 2009

Jalan-jalan Cari Makan di Johor

Hari Pertama - Dari Klang ke Ayer Hitam

Percutian yang telah menyebabkan bertambah berat badan saya, adalah berjalan-jalan di Johor. Ianya berlangsung pada musim cuti sekolah dan ketika Hari Raya Haji yang lalu (2008). Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk berjalan-jalan cari makan di Johor. Bermula dari Klang kami menyusuri jalan pantai iaitu Jalan No 5 hingga ke Ayer Hitam.

Perjalanan yang memakan masa 10 jam tidak terasa kerana kami banyak menyingah dari satu tempat ke satu tempat. Dalam perjalanan ke Sepang kami singgah di Goldcouse, Bagan Lalang sambil menikmati pemandangan yang indah di tepi pantai serta melihat pembangunan sekitar... dalam erti kata lain, nanti kalau tempat tersebut siap rasanya hendak juga menginap di sana. Pembinaan pusat perangian ditengah-tengah laut membuat hati berminat untuk menjadikan tempat itu sebagai salah satu destinasi yang ingin dikunjungi nanti.

Hari sudah menjelang tengah hari, perut sudah pun lapar kami mengambil keputusan untuk singgah di Bandar Melaka untuk makan tengah hari. Setiba disana rasanya hendak juga membawa anak-anak singgah di Kota Melaka sambil makan tengah hari, namun apakan daya angan-angan untuk pekena Asam Pedas Ketetel (cebisan daging lembu) tidak kesampaian kerana Bandar Melaka ketika itu sungguh sebuk punuh dengan kenderaan, sepanjang perjalanan 'jem' dan kelihat ramai betul pihak polis sedang bertugas. Hati tertanya kenapa lak ya? setelah setengah jam cuba meloloskan diri dari suasana 'jem' tersebut baru kami sedari rupanya hari tersebut adalah hari penerimaan anugerah 'Datuk' kepada artis bollywood 'Datuk Shah Rukh Khan' eh alah... patut le 'jem'.

Menyedari bahawa tidak perlu untuk kami meneruskan niat, kami menukar rencana, ha... jum pekena Asam Pedas Parit Jawa di Muar... perjalanan diteruskan ke sana... setiba diMuar hujan turun dengan lebatnya, kami terus ke sana dan seperti yang sedia tahu apa lagi kami terus memesan untuk Asam Pedas Ikan Duri, Asam Pedas Ikan Sembilang dan juga sayur bersama telur dadar ... wah sedapnya, dengan perut yang lapar (sebab dari Melaka tak makan-makan lagi) kami sekeluarga menikmati makanan tengah hari kami pada pukul 3 petang. (sesi makanan yang pertama)

Hari Ke dua - Ayer Hitam dengan kegemaran ku

Akhirnya kami tiba juga di Ayer Hitam, ia merupakan kampung halaman suami tercinta. Hari Raya kali ini kami sambut disini, seperti biasa saya merupakan penganyam ketupat import dari Klang. Sememangnya setiap kali bila kami pulang kekampung pasti ada beberapa jenis makanan yang bagi hemah saya tersedap di Ayer Hitam akan menjadi buruan kami iaitu Satey, Murtabak Singapura dan juga Telor Pindang. Seperti pucuk dicinta ulam mendatang kami tidak lengah-lengah lagi membeli juadah tersebut untuk makanan sekeluarga. (sesi makanan yang kedua)

Hari Ke Tiga - Hari Raya Haji

Hari Raya Haji, menunya adalah Ketupat, Rendang Daging, Rendang Ayam, Masak Lodeh, Kuah Kacang, Ayam Masak Kicap, Sambal Goreng dan berbagai-bagai lagi. Apa lagi dah dikatakan raya maka kami sekeluarga makan le sampai malam... (sesi makanan ke tiga)


Danga Bay 1: bergambar di Danga bay

Hari ke Empat - Dari Ayer Hitam ke Johor Baharu

Ke Johor Baharu... perjalanan ke JB pada asalnya untuk bersiar-siar, tapi apa salahnya jika kami singah sebentar ke rumah kakak ipar. Seperti biasa adat orang Jawa, singah kerumah mesti menjamah (makan nasi). Setelah singgah di sana kami meneruskan perjalanan ke Danga Bay, JB. untuk hiburan anak-anak disana kami makan Tahu Bakar yang sedap sekali (next time kalau kesana rasanya nak makan lagi). Kami banyak bergambar disana.

Danga Bay 2: Anak-anak Sidik

Danga Bay 3: Nisa tengah buat apa tu...


Danga Bay 4: menaiki train mengelilingi Danga Bay

Di Danga Bay, bayak betul kemudahan yang telah disediakan, kami telah menaiki train yang disediakan dengan bayaran RM5/= seorang sambil mengelilingi kawasan tersebut. Kami singgah di kawasan pusat membeli belah dan makanan setelah itu kami dibawa ke kawasan bersiar-siar ditepian laut dekat dengan demaga feri. Disana juga terdapat taman permainan untuk anak-anak menjadikan kawasan meriah dengan berbagai-bagai aktiviti.

Danga Bay 5 & 6: Pemandangan waktu malam di Danga Bay

Malam kami ke rumah abang ipar yang juga duduk di JB berdekatan dengan UTM. Seperti biasa kami yang sudah kekenyangan dengan hidangan 'Tahu Bakar di Danga Bay' telah dijemput makan malam dirumah abang ipar, alasan kenyang tidak diterima sekurang-kurangnya perlu dijamah apa lagi nasi satu pinggan le jawapnya. (sesi makan ke empat)

Hari Ke Lima - Dari Johor Baharu ke Tanjung Piai
Tanjung Piai 1: Bergambar di mercu menandakan kehadiran kami kesana

Hari ini kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Piai, pada asalnya hendak ke Pengerang. Di sana kami menyinggah ke pekan Pontioan disana kami seronok membeli bela baju-baju baby yang berjenama tetapi dengan harga yang munahsabah. Setibanya di Tanjung Piai kami agak kecewa kerana jambatan yang menghubungi kawasan yang paling hujung di Benua Asia telah runtuh kerana hakisan air laut ini menyebabkan pelancung tidak dapat kesana dan cita-cita saya dan keluarga untuk menjejakkan kaki disitu juga runtuh bersamanya.. hik...hik...

Tanjung Piai 2: Bergambar dihadapan Tanjung Piai Resort

Tanjung Piai 3: Nisa bergambar berhampiran bilik kami

Kami menginap di Tanjung Piai Resort ianya terletak ditengah-tengah laut, disana kami menikmati keindahan laut dan juga apa lagi 'Sea Food' lah he...he...

Tanjung Piai 4: Pandangan dari jauh penginapan kami di Tanjung Piai Resort

Tanjung Piai 5: Makan malam sea food kami yang enak awak mesti cuba.... saya cadangkan.

Malam kami makan malam di resort tersebut kerana ia merupakan tempat makanan laut yang sangat popular disana. Hidangan kami malam itu adalah Ketam masak lada hitam, Udang masak Butter, Ikan Kerapu Stim dan Sayur Campur, waah mewahnya kesumuanya hanya RM90.30 sahaja, sangat berpatutan. (sesi memakan kelima)

Hari KeEnam - Tanjung Piai ke Ayer Hitam

Disebelah resort tersebut merupakan tempat para nelayan memunggah tangkapan mereka, pagi esoknya setelah bermalam di resort tersebut kami berangkat pulang. Ketika disana kami dapat melihat bagaimana nelayan memungah tangkapan ikan pari besar dari bot mereka dan ianya sungguh menarik kerana tangkapan mereka sungguh banyak dan besar-besar. Ini merupakan pertama kali saya melihat nelayan dengan tangkapan ikan pari, hemmm selalunya tau makan dan masak asam pedas sahaja.

Tanjung Piai 7: Para nelayan sedang memunggah ikan pari yang besar dari bot mereka, banyak betul.....

Tanjung Piai 8: Sebelum pulang kami sempat bergambar dihadapan Rumah Api Tanjung Piai yang terletak berhampiran dengan resort tersebut.

Dari Tanjung Piai kami terus ke Ayer Hitam semula, kena pulak masa tu bapa saudara sebelah suami sedang mengadakan kenduri kahwin, apa lagi malam tu ada kenduri nasi ambang (menu orang jawa) dimana semua lauk diletakkan diatas nasi didalam satu dulang. Wah mewah lagi le makanan nya siap berbekal-bekal lagi... Malam kami ke Keluang mencari Restorent Keluang Starion yang populor dengan mee rebus, telur setengah masak dan kopi nya... hemmm sedapnya...

Hari ke Tujuh - Dari Ayer Hitam ke Muar

Pagi-pagi lagi kami telah keluar menuju ke Muar, seperti biasa apabila mendengar tentang Muar perkara yang paling diminati adalah Mee Bandung Muar, puas juga kami mencari mee yang paling sedap sekali, hingga akhirnya kami berjumpa dengan yang diidam-idamkan. Selepas kesana kami ke Kopitiam 434, pekena kopi dan beli sebungkus dua untuk dibawa balik.

Dari Muar ke Klang

Tamat lah sudah perjalanan kami selama seminggu di Johor, kami pulang ke Klang dengan kenangan dan berat badan yang bertambah he..he..

Apa tidaknya sampai sahaja dirumah, Ibu terperanjat besar "Ya Allah! Gemuknya kau yan anak beranak? Apa korang makan ni selama seminggu?"

Abih nak buat apa mak dah kan ke nak ke Johor Jalan-Jalan Cari Makan lah katakan he...he...he...

Thursday, February 19, 2009

Keindahan di Pasir Penambang


Gambar 1: Alat untuk mengangkat tangkapan dari laut.

Gambar 2: Pemandangan salah sebuah jeti di Pasir Penambang


Pasir Penambang di Kuala Selangor merupakan kawasan nelayan laut di Selangor. Kawasan tersebut merupakan tempat untuk para nelayan menurunkan hasil tangkapan mereka dan juga terdapat tempat-tempat jualan hasil tangkapan mereka di sekitarnya. Selain dari itu Pasir Penambang juga mempunyai restorant-restorant yang menghidangkan makalan laut yang enak-enak.


Gambar 3: Pemandangan ketika matahari melabuhkan diri dikaki langit

Kami sampai disana agak lewat iaitu menjelang petang, matahari ketika itu sedang menuju ke kaki langit. Namun begitu keadaan ketika itu semakin menampakkan keindahan kawasan tersebut. Keindahan sebuah kampung nelayan yang jarang sekali kita lihat jika kita berasal dari kawasan bandar yang sibuk dengan keriuhan kenderaan dan ketinggian bangunannya.

Percutian Ke Kellie's Castle

Kellie's Castle 1: Bersama anak-anak di tangga masuk

Setelah berada di tanah Perak selama dua tahun, barulah kami berpeluang untuk singgah ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak. Melihat kepada keindahan sebuah bangunan yang dibena oleh seorang hartawan Inggeris.


Istana tersebut telah membawa kita ke suatu zaman yang penuh dengan kemewahan, namun begitu ianya seolah-oleh mengambarkan bahawa kemewahan yang ada belum tentu akan membawa kita ke mana-mana. Pemiliknya tidak dapat menyiapkan apa yang dirancang kerana beliau mati semasa sedang menguruskan proses pembelian 'lift' untuk kediaman tersebut di Paris. Namun begitu walaupun bangunan ini tidak dapat disiapkan ia masih tetap dipandang indah... dan kadang kali kita akan berimeginasi tentang bangunan ini, bagaimana rupanya jika ianya berjaya disiapkan mengikut perancangan pemiliknya. Bagi saya apa yang dapat saya bayangkan adalah bayangan tentang kemewahan yang terdapat didalam kapal laut 'Titanic' seolah-oleh meyelubungi istana tersebut... mungkin sebab ianya dibena dalam jangka waktu yang sama.

Kellie's Castle 2: Di jambatan menuju ke kawasan tersebut, Hai... nisa buat apa tu?

Bangunan yang banyak persamaan dengan reka bentuk 'Bangunan Sultan Abdul Samat' di Kuala Lumpur ini juga di hiasi dengan arca-arca timbul yang menarik, saya amat berminat dengannya kerana ianya cantik dipandang. Ketika kita berada didalam bangunan ini kita dibenarkan untuk melawat di setiap bahagian bangunan setinggi tiga tingkat ini dan yang paling tinggi adalah dibahagian menaranya namun hanya sebahagian pelancung sahaja yang sanggup untuk sampai kebahagian atas... bagi saya mungkin dilain kali sahaja lah.



Kellie's Castle 3: Bergambar didepan arca timbul yang terdapat didalam bangunan.

Kellie's Castle 4: Salah satu dari arca timbul yang terdapat didalam ruang bilik.


Kellie's Castle 5: Ketika berada bahagian atas bumbung bangunan tersebut, ada rasa gayat jugak tetapi saya beranikan diri sebab tak mahu malu dengan anak-anak.

Kepada sesiapa yang rasa berminat untuk kemari dan melihat-lihat bangunan ini dijemput kerana untuk menikmatinya adalah berada sendiri dan mengalami sendiri keindahannya.. sila.