Monday, February 23, 2009

Jalan-jalan Cari Makan di Johor

Hari Pertama - Dari Klang ke Ayer Hitam

Percutian yang telah menyebabkan bertambah berat badan saya, adalah berjalan-jalan di Johor. Ianya berlangsung pada musim cuti sekolah dan ketika Hari Raya Haji yang lalu (2008). Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk berjalan-jalan cari makan di Johor. Bermula dari Klang kami menyusuri jalan pantai iaitu Jalan No 5 hingga ke Ayer Hitam.

Perjalanan yang memakan masa 10 jam tidak terasa kerana kami banyak menyingah dari satu tempat ke satu tempat. Dalam perjalanan ke Sepang kami singgah di Goldcouse, Bagan Lalang sambil menikmati pemandangan yang indah di tepi pantai serta melihat pembangunan sekitar... dalam erti kata lain, nanti kalau tempat tersebut siap rasanya hendak juga menginap di sana. Pembinaan pusat perangian ditengah-tengah laut membuat hati berminat untuk menjadikan tempat itu sebagai salah satu destinasi yang ingin dikunjungi nanti.

Hari sudah menjelang tengah hari, perut sudah pun lapar kami mengambil keputusan untuk singgah di Bandar Melaka untuk makan tengah hari. Setiba disana rasanya hendak juga membawa anak-anak singgah di Kota Melaka sambil makan tengah hari, namun apakan daya angan-angan untuk pekena Asam Pedas Ketetel (cebisan daging lembu) tidak kesampaian kerana Bandar Melaka ketika itu sungguh sebuk punuh dengan kenderaan, sepanjang perjalanan 'jem' dan kelihat ramai betul pihak polis sedang bertugas. Hati tertanya kenapa lak ya? setelah setengah jam cuba meloloskan diri dari suasana 'jem' tersebut baru kami sedari rupanya hari tersebut adalah hari penerimaan anugerah 'Datuk' kepada artis bollywood 'Datuk Shah Rukh Khan' eh alah... patut le 'jem'.

Menyedari bahawa tidak perlu untuk kami meneruskan niat, kami menukar rencana, ha... jum pekena Asam Pedas Parit Jawa di Muar... perjalanan diteruskan ke sana... setiba diMuar hujan turun dengan lebatnya, kami terus ke sana dan seperti yang sedia tahu apa lagi kami terus memesan untuk Asam Pedas Ikan Duri, Asam Pedas Ikan Sembilang dan juga sayur bersama telur dadar ... wah sedapnya, dengan perut yang lapar (sebab dari Melaka tak makan-makan lagi) kami sekeluarga menikmati makanan tengah hari kami pada pukul 3 petang. (sesi makanan yang pertama)

Hari Ke dua - Ayer Hitam dengan kegemaran ku

Akhirnya kami tiba juga di Ayer Hitam, ia merupakan kampung halaman suami tercinta. Hari Raya kali ini kami sambut disini, seperti biasa saya merupakan penganyam ketupat import dari Klang. Sememangnya setiap kali bila kami pulang kekampung pasti ada beberapa jenis makanan yang bagi hemah saya tersedap di Ayer Hitam akan menjadi buruan kami iaitu Satey, Murtabak Singapura dan juga Telor Pindang. Seperti pucuk dicinta ulam mendatang kami tidak lengah-lengah lagi membeli juadah tersebut untuk makanan sekeluarga. (sesi makanan yang kedua)

Hari Ke Tiga - Hari Raya Haji

Hari Raya Haji, menunya adalah Ketupat, Rendang Daging, Rendang Ayam, Masak Lodeh, Kuah Kacang, Ayam Masak Kicap, Sambal Goreng dan berbagai-bagai lagi. Apa lagi dah dikatakan raya maka kami sekeluarga makan le sampai malam... (sesi makanan ke tiga)


Danga Bay 1: bergambar di Danga bay

Hari ke Empat - Dari Ayer Hitam ke Johor Baharu

Ke Johor Baharu... perjalanan ke JB pada asalnya untuk bersiar-siar, tapi apa salahnya jika kami singah sebentar ke rumah kakak ipar. Seperti biasa adat orang Jawa, singah kerumah mesti menjamah (makan nasi). Setelah singgah di sana kami meneruskan perjalanan ke Danga Bay, JB. untuk hiburan anak-anak disana kami makan Tahu Bakar yang sedap sekali (next time kalau kesana rasanya nak makan lagi). Kami banyak bergambar disana.

Danga Bay 2: Anak-anak Sidik

Danga Bay 3: Nisa tengah buat apa tu...


Danga Bay 4: menaiki train mengelilingi Danga Bay

Di Danga Bay, bayak betul kemudahan yang telah disediakan, kami telah menaiki train yang disediakan dengan bayaran RM5/= seorang sambil mengelilingi kawasan tersebut. Kami singgah di kawasan pusat membeli belah dan makanan setelah itu kami dibawa ke kawasan bersiar-siar ditepian laut dekat dengan demaga feri. Disana juga terdapat taman permainan untuk anak-anak menjadikan kawasan meriah dengan berbagai-bagai aktiviti.

Danga Bay 5 & 6: Pemandangan waktu malam di Danga Bay

Malam kami ke rumah abang ipar yang juga duduk di JB berdekatan dengan UTM. Seperti biasa kami yang sudah kekenyangan dengan hidangan 'Tahu Bakar di Danga Bay' telah dijemput makan malam dirumah abang ipar, alasan kenyang tidak diterima sekurang-kurangnya perlu dijamah apa lagi nasi satu pinggan le jawapnya. (sesi makan ke empat)

Hari Ke Lima - Dari Johor Baharu ke Tanjung Piai
Tanjung Piai 1: Bergambar di mercu menandakan kehadiran kami kesana

Hari ini kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Piai, pada asalnya hendak ke Pengerang. Di sana kami menyinggah ke pekan Pontioan disana kami seronok membeli bela baju-baju baby yang berjenama tetapi dengan harga yang munahsabah. Setibanya di Tanjung Piai kami agak kecewa kerana jambatan yang menghubungi kawasan yang paling hujung di Benua Asia telah runtuh kerana hakisan air laut ini menyebabkan pelancung tidak dapat kesana dan cita-cita saya dan keluarga untuk menjejakkan kaki disitu juga runtuh bersamanya.. hik...hik...

Tanjung Piai 2: Bergambar dihadapan Tanjung Piai Resort

Tanjung Piai 3: Nisa bergambar berhampiran bilik kami

Kami menginap di Tanjung Piai Resort ianya terletak ditengah-tengah laut, disana kami menikmati keindahan laut dan juga apa lagi 'Sea Food' lah he...he...

Tanjung Piai 4: Pandangan dari jauh penginapan kami di Tanjung Piai Resort

Tanjung Piai 5: Makan malam sea food kami yang enak awak mesti cuba.... saya cadangkan.

Malam kami makan malam di resort tersebut kerana ia merupakan tempat makanan laut yang sangat popular disana. Hidangan kami malam itu adalah Ketam masak lada hitam, Udang masak Butter, Ikan Kerapu Stim dan Sayur Campur, waah mewahnya kesumuanya hanya RM90.30 sahaja, sangat berpatutan. (sesi memakan kelima)

Hari KeEnam - Tanjung Piai ke Ayer Hitam

Disebelah resort tersebut merupakan tempat para nelayan memunggah tangkapan mereka, pagi esoknya setelah bermalam di resort tersebut kami berangkat pulang. Ketika disana kami dapat melihat bagaimana nelayan memungah tangkapan ikan pari besar dari bot mereka dan ianya sungguh menarik kerana tangkapan mereka sungguh banyak dan besar-besar. Ini merupakan pertama kali saya melihat nelayan dengan tangkapan ikan pari, hemmm selalunya tau makan dan masak asam pedas sahaja.

Tanjung Piai 7: Para nelayan sedang memunggah ikan pari yang besar dari bot mereka, banyak betul.....

Tanjung Piai 8: Sebelum pulang kami sempat bergambar dihadapan Rumah Api Tanjung Piai yang terletak berhampiran dengan resort tersebut.

Dari Tanjung Piai kami terus ke Ayer Hitam semula, kena pulak masa tu bapa saudara sebelah suami sedang mengadakan kenduri kahwin, apa lagi malam tu ada kenduri nasi ambang (menu orang jawa) dimana semua lauk diletakkan diatas nasi didalam satu dulang. Wah mewah lagi le makanan nya siap berbekal-bekal lagi... Malam kami ke Keluang mencari Restorent Keluang Starion yang populor dengan mee rebus, telur setengah masak dan kopi nya... hemmm sedapnya...

Hari ke Tujuh - Dari Ayer Hitam ke Muar

Pagi-pagi lagi kami telah keluar menuju ke Muar, seperti biasa apabila mendengar tentang Muar perkara yang paling diminati adalah Mee Bandung Muar, puas juga kami mencari mee yang paling sedap sekali, hingga akhirnya kami berjumpa dengan yang diidam-idamkan. Selepas kesana kami ke Kopitiam 434, pekena kopi dan beli sebungkus dua untuk dibawa balik.

Dari Muar ke Klang

Tamat lah sudah perjalanan kami selama seminggu di Johor, kami pulang ke Klang dengan kenangan dan berat badan yang bertambah he..he..

Apa tidaknya sampai sahaja dirumah, Ibu terperanjat besar "Ya Allah! Gemuknya kau yan anak beranak? Apa korang makan ni selama seminggu?"

Abih nak buat apa mak dah kan ke nak ke Johor Jalan-Jalan Cari Makan lah katakan he...he...he...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment